~ Kekeliruan Mengenai Perlindungan Insurans Perubatan ~

Wednesday 24 April 2013



          Ramai yang tidak mengetahui apa yang sebenarnya dilindungi di bawah Insurans Hospital & Pembedahan. Polisi Insurans Hospital & Pembedahan (HSI) melindungi anda bagi perbelanjaan yang ditanggung semasa anda dimasukkan ke hospital disebabkan penyakit yang dilindungi atau disebabkan kemalangan. Antara perlindungan yang biasa ialah perbelanjaan penginapan dan rawatan di hospital, perbelanjaan pembedahan (bayaran pakar bedah dan kos yang berkaitan dengan pembedahan), perbelanjaan pakar perubatan dan ujian pesakit dalam wad. Terdapat juga polisi HSI yang menyertakan perlindungan luar Negara, manfaat kematian akibat kemalangan dan ujian atau perundingan pesakit luar.

          Pada umumnya, anda akan dilindungi sebagai pesakit hanya sekiranya anda dimasukkan ke wad. Walaubagaimanapun, polisi HSI juga melindungi anda bagi rawatan kecemasan pesakit luar akibat kemalangan. Selain itu, polisi HSI juga mempunyai manfaat ‘Pembedahan Harian’ yang melindungi prosedur pembedahan yang tidak memerlukan anda bermalam di hospital, contohnya pembedahan katarak mata.

          Dengan manfaat ini, anda tidak perlu bermalam di hospital untuk layak menerima perlindungan dan ini merupakan penjimatan kos perubatan kepada anda. Polisi HSI biasanya tidak melindungi sebarang caj kemasukan ke hospital atau rawatan yang berkaitan kehamilan, kejanggal congenital, pembedahan kosmetik, rawatan pergigian yang tidak berkaitan dengan kemalangan, penyakit yang dijangkiti melalui hubungan kelamin, pemeriksaan kesihatan rutin dan penyakit berkaitan psikiatri.

          Satu pengecualian yang biasa terdapat di bawah polisi HSI ialah keadaan atau penyakit sedia ada, yang wujud sebelum tarikh kuatkuasa polis HSI, yang anda sedang menerima rawatan atau menunjukkan gejalanya. Sebagai contoh, sekiranya anda pernah berjumpa doctor perubatan untuk sebarang rasa sakit atau rasa tidak selesa yang berkaitan dengan keadaan itu, ia akan dianggap sebagai gejala sesuatu penyakit tertentu. Oleh itu, penyakit tersebut akan dikecualikan daripada perlindungan polisi anda.



Sebagai contoh, anda mungkin baru mengetahui bahawa anda mempunyai sista di dalam abdomen anda dua bulan selepas anda membeli polisi HIS dan dinasihatkan supaya membuangnya. Anda tidak akan dilindungi untuk prosedur ini kerana ia adalah salah satu daripada penyakit tertentu itu dan ia masih dalam tempon 120 hari.

          Oleh itu, anda perlu menyemak senarai penyakit tertentu ini bagi mengelakkan sebarang pertikaian atau salah faham pada masa akan datang.

          Sila ambil perhatian bahawa anda tidak layak membuat sebarang tuntutan yang timbul daripada sebarang keadaan perubatan atau fizikal dalam tempoh 30 hari pertama perlindungan, kecuali kecederaan akibat kemalangan, tanpa mengira sama ada anda mengetahui atau tidak tentang keadaan itu.

          Walau bagaimanapun, ini tidak pula bermakna anda dilindungi secara automatic selepas 30 hari pertama itu kerana anda masih lagi tertakluk kepada tempoh tangguh 120 hari bagi penyakit tertentu dan pengecualian keadaan / penyakit sedia ada.

          Adalah amat penting untuk anda mendedahkan semua maklumat perubatan anda dengan betul semasa permohonan polisi. Syarikat insurans berhak menolak tuntutan perubatan jika mereka mempunyai bukti bahawa orang yang diinsuranskan tidak mendedahkan sebarang maklumat penting pada masa membeli polisi. Kebanyakan polisi HSI sekarang ini melanjutkan perlindungannya hingga umur 80 tahun dan sesetengahnya hingga umur 100 tahun. Walau bagaimanapun, sentiasa terdapat unur penyertaan terakhir dan pastikan anda menyertai pelan itu sebelum umur yang ditetapkan itu dan jangan sesekali membiarkannya luput. Jika tidak, anda tidak akan mempunyai perlindungan pada saat anda paling memerlukannya.

          Selain itu, walaupun polisi HSI biasanya melindungi rawatan luar negara, manfaatnya akan terhad kepada caj munasabah, biasa diamalkan dan perlu dari segi perubatan bagi rawatan yang sama di Malaysia, dan tidak termasuk kos pengangkutan ke tempat rawatan. Sebagai contoh, katakan kos pembedahan apendisitis yang biasa di dalam negara ialah sebanyak RM2000, tetapi anda perlu menjalani pembedahan di Singapura yang menelan belanja S$3000. Jadi, anda akan dibayar kembali sebanyak RM2000.

          Di samping itu, jika anda tinggal atau mengembara ke luar Malaysia selama lebih daripada 90 hari berturut-turut, manfaat tidak akan dibayar bagi rawatan perubatan di luar Malaysia. Oleh itu, jika anda tidak merancang untuk pulang ke Malaysia selama lebih daripada 90 hari berturut-turut, anda mungkin perlu mendapatkan pelan HSI yang lain di negara yang anda tinggal.

          Tetapi sebaik sahaja anda kembali ke Malaysia, perlindungan HSI akan bermula semula sehinggalah anda keluar dari Malaysia sekali lagi selama lebih daripada 90 hari berturut-turut.

Artikel ini disediakan sebagai panduan, Untuk butir-butir khusus, sila dapatkan nasihat daripada professional insurans yang disenaraikan atau anda juga boleh mendapatkan maklumat daripada saya.

*Sumber: LIAM . Petikan dari Harian Metro. Rabu 13 Mac 2013.

Read more...

ehmm...siapa ade RM30,000...???

Monday 24 December 2012


Assalamualaikum...

cuma nk shared skit ape yg pernah sy ckp2 dgn kwn2 mase ngeteh a.k.a minum2 kt kedai mkn..hehee.. pernah juga tanye, korg ade tak RM30,000? (^_^)....

itulah jumlah kalau kita tetibe kena sakit jantung atau strok... tu anggaran je. camner lak kalau kena barah@cancer?? kos je paling rendah RM5,000..belum radioterapi lagi.. mau 5@6 ratus.. kite ade simpanan ke? ade ke saving dalam akaun bank kite..? kalau ade pun, takkan nak keluarkn semua, takkan nak keluarkn kwsp kita..?? itupun rasenye belum cukup nak tampung kos pembayaran bil... kalau sape yg keje di hospital samada nurse@misi@doktor@staff hospital tu... cube bgtau brape bil utk sakit barah atau jantung..??

ade juga kwn saya cerita, kwn di tmpt kerja beliau cedera teruk di pinggang. krn selalu angkat barang berat2. biase la, kalau kerja bhagian stor..kena la buat keje jugak, tahan je sakit tu. smpai 1 hari, sakit bertambah teruk dan doktor mngesahkn die kena lakukan pembedahan. habis duit kwsp die dan juga kwsp ayah beliau di keluarkn utk membiayai kos rawatan. tp doktor tak dpt nak jamin samada lumpuh atau tidak. tp sekarang nasib tidak mnyebelahi beliau. die lumpuh seumur hidup..

sy bukan nak takutkan siape2 atas cerita tersebut, tp xsalah kite sediakn payung utk diri dan keluarga. pastinya siape2 pun tak nak susahkn ahli keluarga yg lain bila kita tiba2 jatuh sakit yg kritikal. jgn bila kita berada dlm situasi itu, menyesal pun dah tak de guna lagi...

dengan membayar premium sebulan RM100-RM150 (bergantung pd umur+ pekerjaan+ jantina+ perokok@tidak),sekurang-kurangnya dpt mnyelamatkan keadaan bila kita dlm kesusahan. jgn biar org yg kita sayang, mencari dana untuk membiayai perubatan kita.

    "Alah, sama je. Kita bayar bulan2 tu untuk bayar rawatan tulah..". Memang benar, dgn caruman itu, kita akan berkongsi risiko dgn pihak insuran.  Dengan inovasi industri insuran hari ini, sebenarnya produk seperti perlindungan dan pelaburan adalah kaedah untuk kita meningkatkan kekayaan di masa hadapan.Andainya kita membayar RM200 sebulan untuk perlindungan kesihatan, pada sesuatu tempoh matang, kita akan mendapat kembali  caruman kita dengan penuh malah memperoleh dividen dan keuntungan yang tinggi. Malah, jika ditinjau pasaran industri insuran hari ini, keuntungannya jauh lebih tinggi  daripada ASB yang kita carum tiap-tiap bulan itu. Rata-rata merekodkan dividen dan nilai tunai mencecah dua angka." - sumber Blog Rasmi Jabatan Peguam Negara 

     ramai org ckp "alah..org kaya boleh la ambil insurans.."..."tak pyh ambil insurans pegi je kerajaan"... semua org ada persepsi masing2.. tapi sy pegang pd prinsip..tk kena lagi boleh la ckp..dah rasa nnt baru tau.. bkn sy mendoakan.. tp sy berckp atas pngalamn sy.. " - sumber http://mrsijam.blogspot.com

ade yg ckp pd saya, " beli insurans..duit tak dpt balik kan..." haaaa...utk mengetahuinya, anda bole hubungi/pm utk keterangan lebih mendalam (^_^)

Read more...

Coretan Semasa

Thursday 13 December 2012

Ehmmm... ade orang/kawan2 tnye, kenape join prudential...??? tak cukup ke gaji bulan2 yg dok dpt tu...

dah hampir 2 bulan saya join dgn prudential, rasa seronok pulak (^_^) bg saya, prudential bukan setakat insurans... die lebih dari tu..

Keseronokan buat insurans, simpanan dgn pelaburan, unit trust, dah buat saya betul-betul minat dgn apa yg saya buat.

Insurans lain masing2 ada kelebihan dan kelemahan. Beli insurans ni adalah teknik pengurusan risiko kita. Jadi, kita sendiri yg perlu tentukan insurans mana yg nak dibeli, bukannya terpengaruh dgn kawan2. Semua yg keluar paper mintak bantuan utk tujuan rawatan tu tidak pernah tahu yg suatu hari nanti, mereka perlukan insurans. Yg lebih penting, medical card! Jadi, kita jadikan teladan, jangan buat kesilapan dalam merancang kewangan sendiri sebegini.

utk pelaburan dan simpanan rendah tp pulangan yg tinggi. client pasti puas hati krn mereka nmpak kemana duit yg mereka keluarkn. bila saya berjumpa potential client yg nak tau lebih lanjut pasal plan dan akhirnya orang tu invest. Ade client yg nak insurans dan dlm masa yg sama mendpt balik pulangan yg die keluarkn, Alhamdulillah, setelah saya terang kn, plan insuran dan simpanan, client tersenyum mendengar. sebagai contoh lagi Unit Trust, pengeluaran dari kwsp, Selain komisen,dapat la juga tolong orang membiakkan duit kwsp tu. Nak harap dividen kwsp,berapa la sangat kan (^_^)

Kita tak tahu dgn RM100 yg disimpan pada hari ini boleh membesar sepanjang hidup... kita tak tahu hari ni kita kesempitan wang membayar hutang...esok bole keluarkn membayar segala hutang...

p/s: pengurusan kewangan memang sangat penting dan ianya menentukan siapa kita esok. InsyaAllah bila pengurusan itu betul, sama ada ekonomi jatuh atau pun naik. Kita tetap tersenyum (^_^)

Read more...

Introduction

Wednesday 21 November 2012

Assalamualaikum selamat pagi good morning!

Thank you for your attention. This blog still in under construction. But I hope you will come back as I have many idea to write down, to share with all.
Until then, take care! (^_^)

Read more...

Blog template by simplyfabulousbloggertemplates.com

Back to TOP